SHAH ALAM - Perkongsian seorang gadis di laman Twitternya, @darthleen yang menggalakkan orang ramai tidak memesan makanan kepada penghantar makanan ketika hujan menerima respon positif dan pujian daripada netizen.
Sikap prihatin yang ditunjukkan oleh wanita tersebut membuktikan bahawa rakyat Malaysia amat prihatin terhadap cabaran yang harus dihadapi oleh semua penghantar makanan yang terpaksa meredah hujan dan sekaligus menyebabkan diri mereka terdedah kepada bahaya.
Rata-rata warganet di Twitter bersetuju dengan kenyataan wanita berkenaan di samping menzahirkan rasa prihatin terhadap komuniti rider ini yang mencari rezeki dengan cara yang halal.
Darthleen telah memuat naik postingnya mengatakan Guys, please try to avoid ordering from foodpanda when it’s raining. Kesian la the riders all soaking wet I know it’s their job but imagine if it’s you or your family.
"Agree! Everytime nak order food delivery during normal days pun I letak remak 'please don't rush' tak nak dia laju-laju langgar traffic light semata-mata nak cepat sampai," tulis syzafhzlin.
Kata ElsyHarry,"lemah aku tengok part-part macam ni weh, bergenang air mata,"
Perkongsian ciapan tersebut turut menerima komen di kalangan penghantar makanan yang tidak kisah untuk menghantar makanan kepada kepada pelanggan walaupun terpaksa menghadapi cuaca yang teruk.
Menurut nkys96,"Thank you kerana prihatin, tapi takpa, selagi tak mengancam nyawa kami boleh jalan lagi, sebab tugas kami, cuma kena slow-slow sebab jalan licin.
"Sampai-sampai hantar di rumah customer..diorang cakap terima kasih dan cakap hati hati ride pun aku dah terharu," kata ashsyahid97
Perkongsian tersebut sehingga kini telah mendapat lebih daripada 6,457 retweets dan seramai 4291 menyukai posting tersebut.