Dua beranak maut ketika pulang dari pasar

Iklan

KUALA LUMPUR - Gambar isteri dan anak membeli barang basah di Pasar Borong Selayang merupakan yang terakhir dimuat naik di laman Facebook oleh Shamshor Kamar Jamberi yang maut dalam nahas jalan raya bersama anak perempuannya.

Tragedi di awal pagi hari pertama 2019 itu berlaku apabila kereta dinaiki mereka melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berdekatan Tanah Perkuburan Islam Sg Choh, Rawang, dekat sini.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian pada kira-kira jam 6.17 pagi itu kereta Proton Waja dipandu Shamshor Kamar Jamberi, 43, dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 18 tahun.

Keluarga itu dipercayai berada dalam perjalanan balik ke rumah mereka di Taman Widuri, Bukit Beruntung, Rawang selepas membeli barangan basah dan keperluan lain di pasar borong itu.

Iklan

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, akibat kemalangan itu, Shamsor Kamar dan anaknya Nor Shahira, 14 meninggal dunia dunia di lokasi kejadian.

"Seorang lagi anaknya Nor Shazwina, 9, cedera parah manakala isteri mangsa Norzaimah Busu @ Zainudin, 38 serta pemandu pacuan empat roda hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, mayat mangsa dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Selayang. - Bernama