PM Britain kemuka cadangan baharu Brexit

Iklan
Cadangan baharu itu cuba mencari alternatif untuk 'backstop' yang dipersetujui May dan EU pada tahun lalu.

LONDON - Kerajaan Britain hari ini mengeluarkan cadangan Brexit kepada Kesatuan Eropah (EU) termasuk rancangan untuk menggantikan 'backstop' yang dipersetujui bekas Perdana Menteri, Theresa May dan blok tersebut pada tahun lalu yang bertujuan untuk memastikan sempadan terbuka di Ireland Utara.

Tawaran dibuat Perdana Menteri, Boris Johnson untuk mewujudkan 'all-island regulatory zone' bermakna Belfast perlu mematuhi peraturan blok tersebut yang memerlukan pemeriksaan tambahan ke atas pergerakan barangan dari Great Britain ke Ireland Utara.

Iklan
Iklan

Tetapi langkah sama tidak akan dibuat ke atas barangan yang memasuki Ireland Utara dari Ireland.

Cadangan itu juga menetapkan Ireland Utara perlu meninggalkan Kesatuan Kastam EU bersama UK.

Iklan

Keadaan itu akan mewujudkan pemeriksaan kastam baharu antara Belfast dan Dublin.

Ketika berucap pada persidangan Parti Konservatif, bekas Datuk Bandar London itu turut menegaskan satu-satunya alternatif beliau adalah Brexit tanpa perjanjian.

Iklan

Beliau juga telah menulis kepada Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker bersama cadangan tersebut dan menyatakan kerajaan menghormati keputusan diambil rakyat Britain untuk meninggalkan EU dengan berurusan secara pragmatik dengan akibat keputusan di Ireland Utara dan Ireland.

Sementara itu, Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar memberitahu cadangan yang dikemukakan itu tidak menjadi asas untuk perjanjian baharu.

UK dijangka meninggalkan EU pada 31 Oktober ini dan Johnson menegaskan tidak akan berunding untuk meminta sebarang penangguhan.

Bagaimanapun di bawah syarat diluluskan Parlimen pada bulan lalu, beliau perlu meminta penangguhan sehingga 31 Januari 2020. - Agensi