Enggan ke hospital, atok tutur bahasa Tamil

Iklan
Paparan komunikasi atok dengan doktor.

SHAH ALAM - Satu rakaman video memaparkan seorang warga emas berketurunan Melayu bertutur dalam bahasa Tamil ketika bertemu dengan seorang doktor India di sebuah klinik swasta tular di media sosial.

Rakaman durasi 11 saat dimuat naik oleh cucunya Adibah Rosli di Twitter pada Ogos lalu namun kembali tular sekaligus mencuit hati netizen.

Iklan
Iklan

Manakan tidak, enggan menerima rawatan di hospital untuk pemeriksaan lanjut, lelaki dikenali Surip Taruak, 80-an, secara bersahaja bertutur bahasa Tamil dengan doktor berkenaan.

Menerusi ciapan, Surip atau lebih mesra dipanggil atok dikatakan tidak mahu pergi ke hospital menyebabkan Adibah bersama keluarga membawa ke klinik swasta beroperasi 24 jam bagi menerima rawatan akibat pendarahan di bahagian hidung.

Iklan
Foto Twitter Adibah

"Punya lah tak mahu pergi hospital sampai sembang dengan doktor dalam Tamil... ya ALLAH atok ni,” ciap Adibah.

Menurut Adibah, pada awalnya doktor itu berturut dalam bahasa Melayu dengannya, kemudian bertukar kepada bahasa Inggeris bagi mengelakkan atok memahami intipati komunikasi antara mereka.

Iklan

Namun atok menggunakan helahnya bertutur bahasa Tamil dengan doktor tersebut kerana enggan pergi ke hospital.

Terjemahan perbualan;

Atok: Saya tak nak susahkan isteri saya dan emak dia.

Doktor: Tapi dia sanggup datang.

Atok: Dia orang demam.

Doktor: Siapa yang demam?

Atok: Isteri saya dan mak dia.

Difahamkan, warga emas itu mahir bertutur dalam bahasa Tamil kerana pernah tinggal di kawasan estet Air Panas Johor, dikelilingi masyarakat India dan bekerja sebagai penoreh getah.