KENYATAAN yang dikeluarkan oleh Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang menyatakan bahawa ‘guru warden’ ini bukan sahaja membebankan malah ia juga tindakan yang akan menjadikan tanggungjawab sebagai guru tidak berkesan jelas ia perlu dipandang serius oleh pihak Kementerian Pendidikan.
Pada sesi Perbahasan Diraja sidang lalu, saya ada menyentuh isu guru yang terpaksa memikul bebanan sebagai warden. Namun begitu, isu ini masih belum mendapat apa-apa maklum balas sehingga hari ini.
Iklan
Iklan
Perkara ini seolah-olah tugas guru yang juga warden tidak perlu diberi perhatian sedangkan isu guru tertekan dengan bebanan tugas jelas menzahirkan tugas hakiki sudah cukup terbeban sama ada tugasan mengajar di dalam kelas mahupun tugasan luar kelas.
Tambahan pula, guru-guru yang terpaksa menjadi warden tidak diberikan elaun yang mencukupi. Berdasarkan aduan yang saya terima, guru-guru tersebut hanya diberi elaun sebanyak RM280 sebulan langsung tidak setimpal dengan tugas yang diberikan.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar Kementerian Pendidikan mewujudkan jawatan warden yang khusus dilantik bukan daripada kalangan guru serta mempertimbangkan semula elaun tambahan yang diberikan agar guru yang dipertanggungjawab tidak merasakan tugas tersebut sebagai bebanan buat mereka.
* Shaharizukirnain Abdul Kadir ialah Ahli Parlimen Setiu
Artikel Berkaitan