Stor terbakar mungkin disebabkan bahan kimia

Iklan
Hamdan (kanan) pada sidang media hari ini.

SEREMBAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan tidak menolak punca kebakaran yang berlaku di stor Pusat Kualiti Alam Sdn Bhd semalam disebabkan reaksi daripada bahan kimia.

Pengarahnya, Hamdan Ali berkata, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kawasan berkenaan tiba-tiba berasap dan kemungkinan berlaku reaksi terhadap bahan kimia disebabkan faktor cuaca atau lain-lain.

Iklan
Iklan

Katanya, terdapat lebih 500 jenis bahan kimia yang tersimpan dalam stor berkenaan dan kemungkinan ia bertindak balas sendiri sebelum terbakar.

"Setakat ini tiada maklumat kecuaian kerana kita percaya sisa buangan berjadual itu boleh terbakar sendiri berdasarkan tindak balas kepada cuaca panas.

Iklan

"Bagaimanapun, tindakan pantas bomba yang bertugas di pusat Kualiti Alam itu berjaya mengawal kebakaran tersebut daripada terus merebak ke tempat lain sebelum mereka menghubungi pasukan bomba untuk meminta bantuan.

"Kita kemudiannya menurunkan 36 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran dan api berjaya dikawal pada jam 3.45 petang dan padam sepenuhnya pada jam 12.04 tengah malam tadi,” katanya.

Iklan

Stor kualiti alam terbakar