KUALA LUMPUR - Inginkan keseronokan, mahu tunjuk hebat atau kedekut membayar parkir, mungkin menjadi penyebab seorang pemandu mengambil kesempatan dengan mengekori rapat kenderaan lain untuk melepasi palang.
Perbuatan seperti itu bukan sahaja menjadi satu kesalahan namun boleh mengundang padah jika berlaku kemalangan kerana jarak kenderaan yang terlalu rapat.