ISTANBUL - Kumpulan yang mengikuti perkembangan kes pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi menuntut keadilan setahun selepas kematiannya malah penyiasat PBB turut meminta penasihat utama Putera Mahkota, Mohammed Salman (MBS) dihadapkan ke muka pengadilan.
Ketika ini, seramai 11 pegawai Saudi telah dibicarakan di Riyadh kerana didakwa membunuh kolumnis The Washington Post tersebut di konsulat Riyadh di Instanbul pada 2 Oktober lalu.
Perbicaraan itu bagaimanapun dilakukan secara tertutup dan lebih seorang defendan dilaporkan menyebut nama Saud al-Qahtani.
Pelapor PBB untuk hukuman luar bidang kehakiman, Agnes Callamard berkata, beliau tidak dapat mengesahkan perkara itu, namun jika ada individu sedia untuk menamakan al-Qahtani, dia mengalu-alukan langkah tersebut.
"Saya akan menggelarnya sebagai saksi utama," ujarnya.
November tahun lalu, pendakwa raya awam Saudi mendakwa Qahtani berbincang tentang aktiviti Khashoggi sebelum memasuki Konsulat Saudi terbabit bersama pasukan khas yang dihantar untuk membunuhnya.
Qahtani dikatakan bertindak dengan penyelarasan bersama Ketua Timbalan Risikan, Ahmed al-Asiri yang mengarahkan penghantaran pulang Khashoggi dari Turki.
Susulan kejadian pembunuhan kejam pengkritik lantang Putera Mohammed terbabit, kedua-dua mereka telah dipecat dan Asiri dihadapkan ke mahkamah. - Agensi