Agong kurnia watikah pelantikan perwakilan Malaysia ke luar negara

Iklan
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bergambar kenangan bersama Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara, Duta Besar Malaysia ke Kerajaan Sepanyol, Akmal Che Mustafa (dua dari kiri) dan Duta Besar Malaysia ke Republik Peru, Fenny Anak Nuli (dua dari kanan) pada Istiadat Penyerahan dan Penerimaan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap Bakal Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara dan Bakal Ketua-Ketua Perwakilan Asing ke Malaysia di Istana Negara hari ini.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada dua perwakilan Malaysia ke luar negara di Istana Negara di sini.

Mereka ialah Akmal Che Mustafa yang akan bertugas di Sepanyol dan Fenny Nuli di Peru.

Iklan
Iklan

Sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Akmal yang memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Kementerian Luar pada 1996 pernah bertugas sebagai Setiausaha Bahagian Inspektorat sejak tahun lalu.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bergambar kenangan bersama Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara, Duta Besar Malaysia ke Kerajaan Sepanyol, Akmal Che Mustafa (dua dari kiri) dan Duta Besar Malaysia ke Republik Peru, Fenny Anak Nuli (dua dari kanan) pada Istiadat Penyerahan dan Penerimaan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap Bakal Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara dan Bakal Ketua-Ketua Perwakilan Asing ke Malaysia di Istana Negara hari ini.

Iklan

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Besar Malaysia di Manila, Filipina dari 2014 hingga awal tahun lepas serta Ketua Penolong Setiausaha (Asia Tenggara) dari 2013 hingga 2014.

Fenny pula yang memulakan perkhidmatan sebagai PTD di Kementerian Luar pada 1997 pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Besar Malaysia di Brussels, Belgium sejak 2016 dan sebagai Setiausaha Bahagian Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa dari 2015 hingga 2016.

Iklan

Sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Peru, Fenny juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa dari 2015 hingga 2016 dan sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Ekonomi Pelbagai Hala dan Alam Sekitar) dari 2013 hingga 2015.

Sementara itu, Seri Paduka turut berkenan menerima watikah pelantikan 12 perwakilan asing ke Malaysia.

Tujuh daripada mereka bermastautin di Kuala Lumpur manakala lima lagi bermastautin di beberapa negara lain.

Baginda berkenan menyerahkan Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Republik Peru Fenny Anak Nuli pada Istiadat Penyerahan dan Penerimaan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap Bakal Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara dan Bakal Ketua-Ketua Perwakilan Asing ke Malaysia di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama

Mereka yang bermastautin di sini ialah Duta Besar Ireland ke Malaysia Hilary Reilly; Aart Jacobi (Netherland); Amna Baloch (Pakistan); Dr Hamad Mohammad Hassan Burhamah (Kuwait); Andrea Reichlin (Switzerland); Kapila Veedhiya Bandara Jayampathy (Sri Lanka) dan Dr Moheb Rahman Spingar (Afghanistan).

Sementara lima yang lain ialah Duta Besar Burundi Stella Budiriganya; Andre Poh (Duta Besar Congo); dan Sekou Kasse (Duta Besar Mali) yang masing-masing bermastautin di New Delhi, India; serta Jaroslav Chlebo (Duta Besar Slovak bermastautin di Jakarta, Indonesia); dan Jean-Paul Senninger (Duta Besar Luxembourg bermastautin di Bangkok, Thailand).

Selepas istiadat itu, Al-Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan beramah mesra dengan semua perwakilan Malaysia ke luar negara dan perwakilan asing ke negara ini.

Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.- Bernama