Bunuh diri selepas tembak anak tiri

Iklan
Kejadian berlaku di Hospital Elmhurst di mana seorang lelaki menembak dirinya selepas menembak anak tirinya.

ELMHURST - Seorang lelaki dilaporkan menembak dirinya sendiri selepas menembak anak tirinya dalam satu kejadian di kawasan parkir sebuah hospital di Chicago, Amerika Syarikat.

Timbalan Polis Elmhurst, Michael McLean berkata, mangsa wanita yang nama dan umurnya tidak dinyatakan itu ditembak di bahagian muka namun sempat berlari ke bilik kecemasan Hospital Elmhurst untuk mendapat rawatan.

Iklan
Iklan

Difahamkan mangsa kini berada dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, pihak berkuasa yang dihubungi susulan laporan bunyi tembakan pada kira-kira jam 7 petang (waktu tempatan) Rabu lalu menemui seorang lelaki yang cedera di dalam kereta.

Iklan

Lelaki berkenaan yang dipercayai berusia dalam lingkungan 70-an dikejarkan ke bilik kecemasan namun disahkan meninggal dunia.

Jurucakap Hospital Elmhurst, Keith Hartenberger berkata, tidak diketahui mengapa kedua-dua mereka berada di kawasan parkir hospital ketika kejadian berlaku. - Agensi

Iklan