ALLAH perluaskan rezeki anak berbakti kepada orang tuanya

Iklan
Zulkifli Mohamad Al-Bakri

SHAH ALAM - Seseorang yang berbakti kepada ibu bapanya nescaya ALLAH akan memperbanyakkan rezeki dengan kekayaan luar biasa kepadanya.

Itu antara intipati yang dikongsikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri semasa menjawab persoalan, apakah hukumnya memberi duit kepada ibu bapa yang mempunyai pencen.

Iklan
Iklan

"Ayah dan mak akan guna satu bahasa standard iaitu ayah dan mak tidak kisah, anak-anak abah dan mak ni sama je. Hakikatnya tidak sama.

"Sebagai contoh, kak long, setiap kali balik minta nak makan ayam belanda dan balik sebulan sekali. Anaknya lapan orang dan suaminya pula jenis kuat makan.

Iklan

"Kak long balik hari Jumaat sehingga Ahad. Kak long bagi pada mak RM50, sedangkan dalam tempoh tiga hari berada di kampung perbelanjaan makannya RM500 dan mak akan cakap anak-anak sama saja," katanya menerusi laman YouTube Mufti Wilayah Persekutuan baru-baru ini..

Menurutnya, tidak ada manusia yang tidak gembira apabila mendapat duit walau sesiapa pun dirinya dan individu paling kaya pun jika diberi duit pasti dia akan gembira, begitulah dengan ibu bapa kita.

Iklan

"Lain pula situasinya dengan anak yang tengah walaupun balik setahun dua kali dia bagi RM1,000 setiap kali balik dan mak berdoa semoga selalu balik.

"Jadi bagilah sekadar yang mampu kepada orang tua walaupun mereka mempunyai wang pencen dan jangan terikat hanya memberi setiap kali hari raya,” kongsinya dalam rakaman ceramah yang mendapat 1,115 tontonan.

Dalam pada itu, Zulkifli turut berkongsi kisah bagaimana keikhlasan seorang lelaki memberi sedekah akhirnya berjaya membuatkan orang kaya menginfakkan hartanya.

Katanya, adakala golongan yang kaya akan mendapat kesedaran menginfak hartanya melalui si miskin.

"Semasa Nabi SAW berkempen untuk menjalankan aktiviti derma maka datanglah orang miskin membawa satu genggam gandum dan barli.

"Dan apabila si kaya melihat si miskin berbuat demikian lalu ia menjadi ikutan kepada si kaya untuk menderma dan akhirnya si miskin itu mendapat pahala kerana dia memulakan satu sunnah yang baik,” katanya.

Zulkifli berkata, hayatilah sabda Nabi SAW yang bermaksud:"Sesiapa yang berbuat satu sunnah yang baik maka baginya pahala dan pahala bagi orang yang ikut sehingga hari kiamat kelak.”