Mahasiswa kena cekup malam tahun baharu

Iklan
Antara pasangan yang ditahan berkhalwat oleh JAIM dalam bilik hotel murah di Batu Berendam, di sini, awal pagi tadi.

MELAKA TENGAH - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan tiga pasangan kekasih termasuk seorang mahasiswa universiti awam kerana disyaki berkhalwat dalam bilik hotel murah di Batu Berendam, di sini, awal pagi tadi.

Tiga pasangan itu ditahan dalam operasi yang dijalankan bersempena malam ambang tahun baharu di beberapa hotel bajet sekitar daerah ini.

Iklan
Iklan

Hasil serbuan anggota penguatkuasa berjaya menahan tiga pasangan itu yang mengambil kesempatan sempena cuti umum tahun baru untuk berjumpa dan melepaskan rindu dengan pasangan masing-masing yang tidak tinggal di negeri sama.

Ketua Penguatkuasa JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, anggotanya terpaksa mengetuk pintu bilik hotel terbabit selama 30 minit sebelum akhirnya dibuka oleh tiga pasangan berkenaan di bilik berasingan.

Iklan

"Anggota penguatkuasa terpaksa menunggu kira-kira 30 minit termasuk mengetuk pintu bilik berkenaan dalam tempoh tersebut.

"Akhirnya pasangan terbabit membuka pintu bilik dan membenarkan pemeriksaan dibuat," katanya.

Iklan

Rahimin berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media pejabat JAIM, Bukit Baru, sini, tadi.

Tambah beliau, penuntut universiti awam yang berusia 22 tahun itu baharu sahaja menamatkan peperiksaan akhir semesta dan datang ke Melaka semata-mata demi berjumpa kekasihnya sebelum pulang ke Kelantan.

Menurutnya, selain pasangan itu dua daripada enam individu yang dicekup termasuk seorang guru pendidikan khas dan seorang jururawat.

"Kesemua yang ditahan kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991," katanya.