Muhyiddin pengerusikan mesyuarat PH Johor

Iklan
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MUAR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Pakatan Harapan (PH) Johor sebagai persediaan untuk gerak kerja PH dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, 16 November ini.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi PH Johor tiba di Pejabat Bersatu Pagoh, di sini pada pukul 9.50 pagi, disambut beberapa pemimpin parti komponen dan barisan kepimpinan Bersatu Johor.

Iklan
Iklan

Antara yang hadir termasuk Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Salahuddin Ayub; Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang.

Mesyuarat dijangka bermula pada pukul 10 pagi itu bakal membincangkan mengenai gerak kerja PH terutama hari penamaan calon pada 2 November, berbaki 29 hari lagi.

Iklan
Iklan

Semalam, Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan berkata, mesyuarat itu akan menentukan penyusunan struktur bagi memastikan keberkesanan jentera dalam usaha mempertahankan kerusi itu. Bernama