Gunung berapi Fuego kembali meletus

Iklan
Gunung berapi Fuego kembali meletus semalam. - Foto ESTEBAN BIBA,EPA-EFE
GUATEMALA CITY - GUATEMALA. Hampir 4,000 penduduk sedang dipindahkan dari kawasan sekitar gunung berapi Fuego di Guatemala yang mula meletus malam semalam, kata Agensi Bantuan Bencana Kebangsaan (CONRED).

Jurucakap CONRED berkata, lebih 2,000 penduduk telah ditempatkan di pusat perlindungan sementara di Esquintla apabila gunung berapi berkenaan mula memuntahkan asap tebal, aliran lahar dan gas semalam.



Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Ketua Institut Meteorologi, Gunung Berapi dan Seismologi Kebangsaan (INSIVUMEH), Juan Pablo Oliva berkata lebih banyak aliran lahar dan debu panas akan keluar dari gunung berapi itu.

Jun lalu, letusan gunung berapi Fuego meragut lebih 190 nyawa. Letusan ini adalah kali kelima berlaku tahun ini di gunung berapi yang mempunyai ketinggian 3,763 kilometer itu. - Reuters