Wanita berputih mata ditahan polis

Iklan
Serbuk ketulan putih disyaki dadah yang dirampas. Suspek (gambar kecil)

LANGKAWI - Seorang wanita berputih mata apabila ditahan selepas kegiatannya mengedar dadah dihidu polis.

Ketua Polis Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menahan suspek berusia 35 tahun itu kira-kira jam 4.10 petang semalam di tepi Jalan Bukit Benggali Mukim Kuah Langkawi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek ketika itu sedang menunggang motosikal membawa lapan peket plastik lut sinar mengandungi serbuk ketulan keputihan disyaki dadah.

"Selepas pemeriksaan menemukan dadah disyaki heroin dianggarkan seberat 458 gram (g).

"Turut ditemui dua paket plastik lut sinar mengandungi serbuk ketulan kristal disyaki dadah syabu 13.04g yang dianggarkan bernilai RM20,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek yang memiliki rekod lampau memiliki dadah ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 39A(1)ADB 1952 dan ditahan reman untuk siasatan lanjut.