Tiga remaja cedera kereta terbabas dalam parit

Iklan
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa tersepit dalam kejadian di Kampung Parit Yaani Tengah, Batu Pahat awal pagi tadi.

JOHOR BAHRU - Bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan seorang mangsa tersepit selepas kereta dinaiki terbabas ke dalam parit awal pagi tadi.

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Khairol Nizam Aresat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di hadapan sebuah sekolah di Kampung Parit Yaani Tengah, Batu Pahat itu pada jam 4.59 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setibanya di lokasi didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga FLX dinaiki tiga remaja lelaki berusia 17 tahun.

"Seorang daripadanya berada di tempat duduk penumpang tersepit dan tidak sedarkan diri, manakala pemandu kenderaan mengalami kecederaan ringan.

"Seramai lapan anggota dengan bantuan sebuah jentera terlibat dalam kerja-kerja menyelamat mangsa. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.46 pagi,” katanya.

Iklan
Iklan