JKDM terima 79 peratus aduan rasuah

Iklan
Paddy (dua dari kiri) dan Latheefa ketika Majlis Pelancaran Kempen Kastam Perangi Perasuah di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang hari ini.

PELABUHAN KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendedahkan menerima sebanyak 79 peratus aduan isu rasuah membabitkan anggota dan pegawainya.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Paddy Abdul Halim berkata, perkara itu sudah dalam proses Jawatankuasa Anti Rasuah.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, aduan itu perlu diteliti kesahihannya kerana secara tidak langsung boleh menimbulkan persepsi bahawa korupsi tinggi dalam agensi itu.

"Tindakan tetap diambil. Perkara itu dinilai oleh cawangan integriti dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Kastam Perangi Perasuah di Pelabuhan Barat di sini hari ini.

Iklan

Ketika ditanya tindakan jabatan itu terhadap anggota dan pegawai yang terlibat dalam salah laku terbabit, Paddy berkata, siasatan menyeluruh akan dibuat termasuk melalui proses tatatertib sehingga ke peringkat mahkamah selain dibuang kerja.

"Saya tegaskan, mesej kita hari ini adalah kepada pemberi dan penerima usah lakukan rasuah. Itu yang penting," katanya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, JKDM antara agensi penguatkuasaan percukaian utama yang menyumbang kepada pendapatan negara bagi memastikan pelaksanaan sistem cukai tidak langsung negara melalui pungutan hasil, pemberian fasilitasi perdagangan dan perindustrian kepada komuniti perniagaan diuruskan dengan sebaiknya.

"Amalan rasuah bukan sahaja merujuk kepada penerimaan rasuah oleh penjawat awam semata-mata, tetapi juga merujuk kepada si pemberi yang antaranya terdiri daripada individu atau organisasi yang berurusan dengan agensi kerajaan seperti JKDM.

"Si pemberi atau perasuah ini boleh dikenakan tindakan bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," katanya.