Empat dikhuatiri maut pesawat mendarat cemas di Ukraine

Iklan
Pesawat pengangkut Antonov An-12 mendarat cemas berhampiran bandar Lviv akibat kehabisan minyak.

KIEV - Sekurang-kurangnya empat orang dikhuatiri terbunuh selepas sebuah pesawat pengangkut Antonov An-12 melakukan pendaratan cemas di Ukraine hari ini.

Menteri Infrastruktur, Vladyslav Kryklii berkata, pesawat itu mendarat cemas berhampiran bandar Lviv akibat kehabisan minyak.

Iklan
Iklan

Katanya, satu siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Pesawat tersebut dalam perjalanan dari Lviv menuju Vico di Sepanyol.

Iklan

Menurut maklumat awal yang diterima, seramai tujuh anak kapal berada dalam pesawat berkenaan.

Ia dilaporkan hilang daripada radar kira-kira jam 6.48 pagi (waktu tempatan). - Agensi

Iklan