BETONG - Tiga maut dan seorang cedera apabila kereta dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Batu 2, Jalan Lidung, Betong malam tadi.
Ketua Jabatan Penyiasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexon Naga Chabu berkata, dua maut di tempat kejadian manakala seorang meninggal dunia di Hospital Betong ketika menerima rawatan.
Iklan
Iklan
Mereka yang maut ialah warga tempatan Raymond Ngu, 31, yang memandu kereta itu serta dua rakyat Indonesia dikenali Sujito dan Ribut Yudi Sampurno yang meninggal dunia di hospital, katanya ketika dihubungi.
Katanya, seorang lagi penumpang, warga tempatan berusia 18 tahun dari Kampung Kayan, Long Lama hanya mengalami cedera ringan.
Menurutnya siasatan awal mendapati kesemua mereka berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian yang berlaku kira-kira 10,30 malam.
"Kemalangan berlaku semasa hujan lebat dan permukaan jalan licin,” katanya. - Bernama
Artikel Berkaitan