Tedung sembunyi celah bungkusan lampin anak

Iklan
Anggota APM menunjukkan anak ular tedung yang ditangkap menggunakan penyepit.

TANJONG KARANG - Seorang penduduk gempar apabila seekor ular tedung bersembunyi di bawah katil anaknya dalam kejadian di Jalan Bunga Raya, Kampung Pinang Sungai Burong di sini semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.55 petang dan seramai empat anggota APM dikejarkan ke rumah terbabit bagi membantu menangkap reptilia itu.

Iklan
Iklan

"Laporan awal daripada penduduk memberitahu ular tersebut berada di dalam bilik tidur anaknya," katanya.

Shaiful Azril berkata, pemeriksaan mendapati anak ular sepanjang 0.30 meter itu berada di celah bungkusan lampin pakai buang di bawah katil dan pihaknya menggunakan penyepit untuk menangkap ular seberat 100 gram itu.

Iklan
Iklan

"Operasi tamat sepenuhnya jam 3.18 petang semalam," katanya.