'GST dah arwah, kalau hidup balik jadi hantulah'

Iklan
Tuan Ibrahim

KOTA SARANG SEMUT - Kesediaan kerajaan mengkaji semula pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menjadi tanda tanya pelbagai pihak.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mempertikaikan jika ada pihak berusaha mencadangkan cukai itu dihidupkan semula.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan seharusnya mencari sistem percukaian lebih baik berasaskan Islam daripada mengembalikan cukai GST yang dimansuhkan itu.

"Tidak dinafikan, mungkin ada sesetengah pihak fobia mendengar cukai dari sudut Islam,namun ia perlu dipertimbangkan sebagai pendekatan baharu," katanya pada sidang akhbar selepas Himpunan Muttahidah 1.0 di Kompleks Pas Kedah, Batu 9 di sini hari ini.

Iklan
Pengarah Jawatankuasa Pelaksanaan Himpunan Muttahidah 1.0, Datuk Siti Aishah Ghazali (dua dari kanan) menyerahkan cenderamata kepada Tuan Ibrahim (dua dari kiri) selepas Himpunan Muttahidah di Kompleks Pas Kedah, Batu 9 di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad turut menyindir tindakan kerajaan yang membuat pusingan U untuk mengkaji semula sama ada GST adalah lebih baik daripada SST itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Inflasi akan meningkat jika GST kembali, kata Guan Eng

Iklan

"Tiba-tiba terdengar pengumuman GST nak dibuat semula, yang mana dalam media sosial bagaimana PH nak bawa semula GST yang sudah jadi arwah. Kita dapati mereka asyik buat pusingan U.

"PH kata akan buat kajian semula GST jika ada permintaan dan keperluan perlaksanaan semula cukai itu walhal sebelum PRU mereka yang hapuskan GST," katanya.

Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut memerli beberapa pihak yang mendakwa GST adalah yang terbaik.

"Dulu mereka nyanyikan GST dengan macam-macam dakwaan. Sekarang, apabila makin menghampiri pembentangan belanjawan barulah terdengar GST adalah terbaik untuk kawal ketirisan. Kini, baru sedar GST baik," katanya.