Packeerali tuntut Golden Lion timba pengalaman

Iklan
Packeerali (kiri) dan Ishan pada sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

PENGENDALI Sri Lanka, Nizam Packeerali menuntut anak-anak buahnya menimba pengalaman sebaik mungkin pada aksi persahabatan menentang Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok (Sabtu).

Menurutnya, persiapan rapi telah dilakukan dan mengharapkan para pemainnya sudah bersedia untuk mengharungi perlawanan itu selain bakal menjadi pengalaman berguna buat skuad Golden Lion itu khususnya pemain-pemain muda.

Iklan
Iklan

"Kami pernah beraksi dengan pasukan Harimau Malaya sebelum ini. Jadi saya berharap perlawanan kali ini akan menjadi aksi yang terbaik berbanding sebelum ini.

"Pasukan kami yang dibarisi gandingan pemain senior dan pemain muda telah menunjukkan peningkatan membanggakan dengan melayakkan diri ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 selepas menamatkan penantian selama 16 tahun," jelasnya pada sidang media di Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Packeerali berkata, aksi persahabatan itu juga menjadi medan buat mereka untuk menangani setiap kelemahan sebelum mengharungi pertemuan dengan Korea Selatan dalam aksi saingan kumpulan H pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2023/Piala Asia 2023 di Stadium Kim Il-Sung, Pyongyang Khamis depan.

Sementara itu, kapten Golden Lion, Kavindu Ishan mengakui mereka sudah bersedia secara fizikal dan mental serta mengharapkan perlawanan itu menjadi aksi terbaik buat kedua-dua pasukan.

Iklan

"Kami akan mengikuti setiap perancangan yang telah dibuat ketua jurulatih dan berharap perlawanan itu nanti menjadi pendedahan terbaik buat kami sebelum turun bertemu Korea Selatan nanti," katanya.