Bilateral pertahan Malaysia-Indonesia

Iklan
Gambar hiasan.

JAKARTA - Hubungan bilateral pertahanan Malaysia dan Indonesia tidak hanya terikat kepada isu-isu persempadanan tetapi menjangkau isu–isu pertahanan dan keselamatan rentas sempadan.

Atase Pertahanan Malaysia di Indonesia, Brig Jen Datuk Dr Mohd Kenali Basiron berkata, mekanisme hubungan pertahanan itu terjalin kukuh di peringkat tertinggi Kementerian Pertahanan, peringkat Angkatan Tentera serta peringkat perkhidmatan angkatan darat, laut dan udara.

Iklan
Iklan

"Dalam hal keselamatan dan pertahanan rentas sempadan ini juga, secara bilateral atau multilateral, Indonesia, Malaysia dan Filipina serta negara–negara sahabat Asean selainnya sangat gigih berusaha hingga tertubuhnya organisasi yang menjalankan operasi dan rondaan secara bersama di darat, laut dan udara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Resepsi Sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia ke-86 di sini.

Iklan

Turut hadir Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar dan Direktor Jen Strategi Pertahanan Kementerian Pertahanan Indonesia, Mejar Jeneral Rizerius Eko Hadisancoko.

Mohd Kenali berkata sejak penubuhan Pejabat Penasihat Pertahanan Malaysia di Jakarta pada tahun 1966, ATM terus mendukung hubungan diplomasi pertahanan dengan Indonesia.

Iklan

"Sebagai sebuah negara yang mempunyai sempadan darat, laut dan udara dengan Indonesia, semestinya aktiviti hubungan bilateral Malaysia–Indonesia adalah sangat aktif dan intensif," katanya. - Bernama