WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menandatangani larangan menangguhkan kemasukan pendatang yang gagal membayar kos penjagaan kesihatan.
Mereka juga tidak akan dilindungi insurans kesihatan dalam tempoh 30 hari selepas masuk ke negara itu.
Iklan
Iklan
Larangan yang dikeluarkan Rumah Putih itu turut menyebut, ia bagaimanapun tidak akan menjejaskan kelayakan individu untuk perlindungan suaka atau pelarian.
Langkah berkenaan dijangka berkuatkuasa 3 November depan.
Menurut Trump, penggantungan tersebut hanya untuk orang yang memasuki AS menggunakan visa imigran.
"Sistem penjagaan kesihatan kami sedang berdepan cabaran disebabkan oleh penjagaan yang tidak diberi pampasan.
"Kerajaan AS mengeruhkan lagi keadaan dengan membenarkan kemasukan ribuan pendatang yang jelas tidak mampu membayar kos penjagaan kesihatan mereka," tegas Trump. - Agensi