Peragut dibelasah orang ramai

Iklan
Lelaki berusia 39 yang berjaya ditangkap selepas meragut beg tangan di Jalan Bunga Raya Pantai, di sini, malam tadi.

MELAKA TENGAH - Seorang lelaki bukan sahaja berputih mata malah turut dibelasah apabila dicekup orang ramai selepas melakukan jenayah ragut di Jalan Bunga Raya Pantai, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam 11.40 malam, lelaki berusia 39 tahun itu meragut beg tangan seorang wanita yang sedang menjamu selera bersama suaminya di sebuah restoran berdekatan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian suspek menghampiri mangsa berusia 42 tahun dan melarikan beg tangan mangsa sebelum dikejar oleh suami mangsa namun tidak berjaya.

"Orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar mangsa sebelum lelaki itu terjatuh dan berjaya ditangkap.

Iklan

"Pihak polis yang menerima laporan kes ragut itu bergegas ke tempat kejadian dan kemudian membawa suspek ke balai polis berdekatan," katanya.

Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan lelaki itu penah terlibat dalam kejadian ragut sebelum ini, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan.

Iklan

"Suspek kini direman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 392/395 Kanun Keseksaan," katanya.

Sebelum ini juga tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden ragut yang dilakukan individu penunggang motosikal di depan sebuah hotel dipercayai dilakukan lelaki yang sama.