SABAK BERNAM - Hasrat dua beradik menjual pisang curi gagal selepas kantoi dicekup pemilik kebun dan penduduk kampung dalam kejadian di Jalan Haji Sirin Sungai Tengar Utara di sini, 29 September lalu.
Timbalan Ketua Polis Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kedua-dua lelaki terbabit masing-masing berumur 32 dan 31 tahun kemudiannya diserahkan kepada polis pada jam 6.15 petang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dalam kejadian tersebut, pemilik kebun mendapati beberapa tandan pisang dalam sebuah gerabak motosikal dan menghubungi dua rakan untuk meminta mereka bersama-sama memeriksa kebun terbabit sebelum mendapati dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.
"Mangsa berusia 53 tahun kemudiannya menghubungi polis memaklumkan tentang kegiatan dua beradik terbabit," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini hari ini.
Katanya, melalui siasatan tersebut, polis kemudian merampas dua motosikal, satu gerabak kayu yang di dalamnya terdapat 12 tandan pisang bernilai RM150.
Beliau berkata, hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan sehingga kini masih ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Artikel Berkaitan