Hilang fokus punca UKM FC tewas tipis

Iklan
Aksi dua pemain import UKM FC, Milad Zeneyedpour (kiri) dan Mateo Roskam cuba melepasi halangan yang dilakukan pemain JDT pada perlawanan final pertama Piala Cabaran di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. FOTO: UKM FC

PEMBANTU ketua jurulatih UKM FC, Radzali Imbi enggan menyalahkan mana-mana pemain selepas gagal membawa pulang defesit gol apabila tewas 0-1 kepada Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pada aksi final pertama Piala Cabaran di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, malam tadi.

Menurutnya, sepanjang 45 minit perlawanan para pemainnya masih boleh mengawal dan mengimbangi perlawanan bagaimana sebaik aksi babak separuh masa kedua bersambung pemain-pemain mula hilang fokus sehingga mengundang mereka melakukan kesilapan-kesilapan mudah.

Iklan
Iklan

"Bila bertemu pasukan yang berpengalaman seperti JDT II, kita sebenarnya tidak boleh melakukan sebarang kesilapan mudah sebegini. Bagaimanapun kita masih ada 90 minit lagi baki perlawanan di Cheras nanti.

"Jadi kami akan segera memperbaiki apa yang perlu diperbaiki untuk menghadapi aksi final kedua dan mengharapkan pemain-pemain segera melupakan kekalahan ini dan kembali fokus di gelanggang sendiri," katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan.

Iklan

Mengulas prestasi K. Reuben dalam mengemudi benteng pertahanan pasukan pada perlawanan itu, Radzali berkata pemain bekas pertahanan PKNS itu telah melakukan yang terbaik dalam mematahkan jentera serangan lawan.

"Cuma sebagaimana yang saya katakan tadi, apabila kita bertemu dengan pasukan berpengalaman seperti JDT II ini, Reuben kena lebih peka dengan beberapa keputusan yang perlu dia lakukan. Saya yakin dia (Reuben) akan bangkit untuk memperbaiki kesilapan pada aksi final kedua nanti.

Iklan

"Apa pun kita memerlukan perancangan yang lebih rapi memandangkan kita perlu mencari lebih jaringan bagi mendapatkan balik defesit gol yang ketinggalan pada pertemuan final pertama ini," jelasnya.