Ditembak mati ketika buat kejutan hari jadi mentua

Iklan
Dennis (kiri) tidak sengaja menembak mati menantunya Bergan.

FLORIDA - Seorang lelaki tidak sengaja menembak menantu lelakinya yang secara tiba-tiba melompat keluar dari semak di belakang rumah di Gulf Breeze di sini Selasa lalu.

Chirstopher Bergan, 37, datang ke rumah bapa mentuanya, Richard Dennis, 61, untuk memberi kejutan sempena ulang tahun kelahiran, lapor Metro.co.uk.

Iklan
Iklan

Bergan dilaporkan terbang dari Norway untuk melakukan kejutan itu untuk bapa mentuanya dan bertindak mengetuk pintu belakang sebelum menyorok di dalam semak berhampiran kediaman Dennis.

Sebaik sahaja Dennis membuka pintu, Bergan yang tiba lewat malam terus melompat keluar untuk memberi kejutan.

Iklan

Dennis yang terkejut dengan tindakan menantunya terus melepaskan tembakan mengenai bahagian dada Bergan dan disahkan maut di tempat kejadian.

Pihak berkuasa berkata, sebelum kejadian itu, Dennis dipercayai sedang bergaduh dengan saudaranya.

Iklan

"Ketika pergaduhan itu, saudara Dennis ada menendang pintu rumahnya dan ketika menantunya cuba memberikan kejutan untuknya berkemungkinan dia beranggapan itu adalah saudaranya.

"Kita tidak akan mengenakan sebarang tindakan dengan apa yang dilakukan Dennis," katanya.