Murid teruja disambut Iron Man, Spiderman

Iklan
Suhaidi (kiri) dan Idris (dua kiri) bergambar bersama murid Tahun 1 yang teruja disambut maskot Iron Man dan Spiderman pada hari pertama sesi persekolahan baharu di Hipersis semalam.

KEMAMAN – Kehadiran dua maskot adiwira, Iron Man dan Spiderman memberi kejutan kepada kira-kira 200 murid Tahun Satu dan prasekolah Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (Hipersis), di sini, pada hari pertama sesi persekolahan baharu hari ini.

Rata-rata murid baharu itu dilihat sangat gembira kerana bukan sahaja disambut dengan dua watak filem Inggeris itu di pintu masuk utama pagar sekolah malah dapat menyentuh, bersalaman dengan kedua-duanya dan merakam gambar bersama.

Iklan
Iklan

Maskot Iron Man dan Spiderman itu menunggu kehadiran murid seawal jam 7 pagi dan ia tenyata berjaya memberi semangat kepada murid tahun satu dan prasekolah yang berdebar dan malu-malu datang ke sekolah.

Maskot Iron Man dan Spiderman turut masuk ke setiap kelas Tahun 1 Hipersis seterusnya memeriahkan lagi sesi suai kenal murid.

Seorang bapa murid tahun satu, Khairul Fakhzan Mohd Fauzi berkata, kejutan yang dibuat itu memberi impak yang sangat berkesan untuk murid-murid tahun satu yang masih takut-takut untuk memulakan sesi persekolahan baharu.

Iklan

"Inisiatif ini sangat bagus sebab budak-budak baharu ini mereka berdebar jadi watak Iron Man dan Spiderman ini beri semangat kepada mereka.

"Suasana pun bertukar meriah sebab Iron Man dan Spiderman ini buat persembahan semasa alu-alukan kehadiran murid," katanya.

Iklan

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Mohd Fadhli Ibrahim berkata, kehadiran kedua-dua maskot tersebut ternyata dapat menarik minat dan menceriakan murid-murid yang baharu memasuki alam persekolahan sekolah rendah.

Menurutnya, inisiatif untuk membawa Iron Man dan Spiderman itu dicetuskan oleh PIBG dengan kerjasama pengurusan sekolah dan ia dibiayai oleh salah satu pasangan ibu bapa murid.

"Kita didatangkan Iron Man dan Spiderman jug sebagai meraikan murid-murid baharu tahun satu. Terima kasih atas inisiatif kreatif ibu bapa ini.

"Memang kita dapat tengok murid-murid ini sangat teruja dan tak sabar untuk belajar," katanya.

Turut sama menyambut kehadiran murid adalah Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Idris Bidin; Guru Besar Hipersis, Suhaidi Mohamedd Amin, ahli jawatankuasa PIBG dan guru-guru serta ibu bapa.

Selain murid tahun satu dan prasekolah, kira-kira 1,000 murid lain iaitu dari tahun dua hingga enam sekolah itu juga turut sama bersalaman dan bergambar dengan Iron Man dan Spiderman berkenaan.

Seramai 175 murid Tahun Satu Hipersis adalah sebahagian daripada kira-kira 4,120 murid yang mendaftar masuk ke tahun satu di daerah ini pada sesi persekolahan 2019 ini.