Filem Wajib tonton, Joker beri impak luar biasa

Iklan
Lakonan cemerlang Joaquin Phoenix sebagai Athur Fleck/Joker.
FILEM Joker berrlatarbelakangkan bandar Gotham pada era 1980an itu menceritakan tentang Arthur Fleck, yang bercita-cita mahu menjadi pelawak untuk menghiburkan orang ramai.

Arthur mempunyai penyakit aneh iaitu ketawa secara tiba-tiba tanpa sebab. Disebabkan itu, dia dianggap pelik dan menjadi mangsa ketidakadilan sistem sosial dalam masyarakatnya.Akibat tertekan Arthur berubah daripada seorang yang lurus menjadi sebaliknya.

Secara keseluruhannya, Joker tampil sebagai sebuah filem yang cemerlang daripada pelbagai sudut. Baik dari segi jalan cerita, muzik latar, teknikal, malah persembahan para pelakonnya juga berada di tahap terbaik.

Iklan
Iklan

Filem ini adalah tentang asal usul karakter Joker dan fokusnya lebih kepada kenapa dan bagaimana karakter ini terbentuk sehingga menjadi antagonis ikonik yang diperkenalkan dalam komik DC sebelum ini.

Transformasi Arthur dilakukan dengan cukup baik menjadikan segala apa yang ditampilkan dalam filem ini berfungsi mengikut peranannya.

Iklan

Tekanan emosi yang dihadapi Athur letak meledakkan meledakkan kejahatan yang tidak pernah wujud dalam dirinya sebelum itu.

Dia berubah secara total bukan kerana keinginan kepada kuasa atau kepentingan tersembunyi, namun disebabkan penindasan emosi yang diterimanya daripada masyarakat. Setiap babak mempunyai momen penting yang menyuarakan pelbagai mesej tersurat dan tersirat.

Iklan

Bagaimanapun Athur menangani sejarah silamnya, dinafikan hak dalam masyakarat sehingga pada akhirnya dia diangkat menjadi hero, namun dengan cara yang berbeza. Filem yang penuh dengan kejutan, sekali gus memberikan impak maksima kepada penonton.

Turut disokong aspek visual dan sinematografi yang saling melengkapi. Malah muzik latar yang mengisi setiap babak filem juga menepati penceritaan dan memberikan kesan sempurna.

Lakonan cemerlang Joaquin Phoenix sebagai Athur/Joker menjadi tunjang kejayaan filem ini. Persembahan mantapnya menjadikan Joker seperti benar-benar hidup dalam dunia nyata.

Joaquin berjaya mengajak penonton merasai kesakitan yang dilalui Athur secara dalaman dan luaran menerusi permainan gerak tubuh, dan tutur katanya yang sangat meyakinkan. Lakonan mantap yang selayaknya mendapat pengiktirafan.

Joker merupakan sebuah filem wajib tonton. Filem yang mempunyai nilai dan mesej yang memberikan impak kepada semua terutamanya tentang penyakit mental.

JOKER

Bahasa: Inggeris

Klasifikasi: 18

Genre: Psiko thriller

Durasi: 122 minit

Tayangan: 3 Oktober 2019

Pengarah: Todd Phillips

Pelakon: Joaquin Phoenix, Robert De Niro, Zazie Beetz, Bill Camp, Frances Conroy

Bintang: 4.5/5