Bekalan minyak Arab Saudi pulih sepenuhnya

Iklan
Putera Abdulaziz (tengah) hadir pada satu persidangan tenaga di Moscow, Rusia.

MOSCOW - Arab Saudi sudah memulihkan sepenuhnya bekalan minyak negara itu susulan serangan ke atas dua loji utama bulan lalu.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz Salman berkata, negara itu kini fokuskan untuk menyenaraikan syarikat gergasi minyak Saudi Aramco.

Iklan
Iklan

Beliau memaklumkan, kapasiti pengeluaran terkini minyak Arab Saudi kekal pada 11.3 juta tong sehari.

Riyadh sebelum ini menggantung pengeluaran minyak negara itu susulan serangan di dua kemudahan Saudi Aramco di Abqaiq dan Khurais.

Iklan

Pemberontak Houthi yang disokong Iran mengaku mendalangi serangan tersebut.

Serangan dron itu telah mengurangkan pengeluaran minyak mentah kepada 5.7 tong sehari. - Agensi

Iklan