Lelaki ditahan seludup emas di bawah rambut palsu

Iklan
Seorang lelaki ditahan di Lapangan Terbang Kochi, India semalam apabila cuba menyeludup lebih 1kg emas di bawah rambut palsunya. - Foto India Today

KERALA - Seorang lelaki ditahan di Lapangan Terbang Kochi, India semalam apabila cuba menyeludup lebih 1kg emas di bawah rambut palsunya.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Noushad berasal dari Malappuram dan dipercayai dalam perjalanan dari Sharjah menuju Kerala sebelum ditahan.

Iklan
Iklan

Dia turut membotakkan bahagian tengah kepalanya untuk menyembunyikan emas itu.

Bagaimanapun, tindakan licik lelaki itu berjaya dikesan pihak berkuasa di Kochi selepas melihatnya yang dalam keadaan mencurigakan.

Iklan

Dengan penahanan itu, pihak berkuasa turut melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian itu.

Kejadian itu hampir serupa berlaku di Lapangan Terbang Barcelona apabila pihak berkuasa berjaya menahan seorang lelaki dari Colombia yang cuba menyeludup sejumlah kokain di bawah rambut palsu Julai lalu. - Agensi

Iklan