Ahli politik India tinjau banjir jatuh rakit

Iklan
Ram Kripal Yadav (tengah) diselamatkan orang ramai selepas terjatuh dari rakit ketika meninjau keadaan banjir di Patna, India.

PATNA - Seorang ahli politik di timur India terjatuh dari rakit buatan sendiri ketika membuat tinjauan keadaan banjir di Patna baru-baru ini.

Insiden itu tular selepas ia dimuat naik ke media sosial.

Iklan
Iklan

Dalam rakaman itu, Ram Kripal Yadav dari Parti Bhratiya Janata (BJP) dilihat memberi arahan kepada beberapa penduduk termasuk seorang budak lelaki supaya menaiki rakit tersebut ketika pemberita mahu menemubualnya.

Tidak lama selepas itu, rakit berkenaan hilang imbangan dan kesemua mereka terjatuh sebelum diselamatkan orang ramai.

Iklan

Kejadian menimpa Yadav menjadi bahan ketawa netizen dan pengkritiknya yang menganggap beliau sekadar mahu meraih populariti kerana jarang berada di Patna.

Malah ada sebahagian netizen mengecam tindakan Yadav kerana membahayakan nyawa kanak-kanak. - Agensi

Iklan