Salleh sah mohon sertai PKR

Iklan
Fahmi

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menghantar borang permohonan menyertai parti itu.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, berdasarkan rekod, parti itu memang ada menerima permohonan keahlian daripada bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu secara atas talian.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun Biro Politik PKR akan membincangkan dan memberi pertimbangan kepada perkara ini dalam mesyuarat akan datang," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kepimpinan PKR Sabah terkejut apabila dimaklumkan spekulasi Salleh menyertai PKR Cabang Kota Belud tanpa pengetahuan mereka.

Iklan
Iklan