DODOMA - Presiden Tanzania, John Magufuli mencetuskan kemarahan kumpulan hak asasi manusia apabila bersetuju dengan tindakan seorang Gabenor merotan 14 pelajar sekolah di Mbeya.
Tindakan Albert Chalamila merotan kumpulan pelajar terbabit tular selepas ia dimuat naik di media sosial sekali gus mencetuskan kecaman netizen.
Iklan
Iklan
Dalam rakaman itu, setiap pelajar yang diarah meniarap di atas tanah dirotan sebanyak tiga kali.
Mereka didenda kerana membawa telefon bimbit ke sekolah.
"Saya ucap tahniah kepada Gabenor Mbeya kerana bertindak tegas. Sebenarnya hukuman itu tidak cukup, dia (Chalamila) perlu bagi lebih lagi.
"Mereka bakar seragam sekolah kerana telefon bimbit dirampas, jadi ini adalah hukuman paling sesuai bagi mendisiplinkan pelajar ini,” katanya.
Kumpulan pemantau Human Rights Watch pada 2017 menganggap hukuman ke atas pelajar sekolah di Tanzania amat zalim dan meminta ia dihentikan. - Agensi