Subsidi petrol bersasar: Kerajaan jimat RM6 bilion

Iklan
Barjoyai Bardai

SHAH ALAM - Perbelanjaan negara dijangka dapat dijimatkan kira-kira RM6 bilion sebaik program subsidi petrol bersasar kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dilaksanakan kelak.

Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai berkata, hasil penjimatan diperoleh daripada subsidi bersasar itu pula boleh dimanfaatkan untuk program pembasmian kemiskinan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia termasuklah bantuan pendidikan, kemahiran, modal perniagaan dan sebagainya bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi golongan miskin dan miskin tegar.

"Sebenarnya pelaksanaan program subsidi petrol bersasar kepada golongan miskin ini seharusnya telah lama dibuat.

Iklan

"Ini kerana ia dapat mengurangkan jumlah subsidi yang diberikan berbanding dengan hari ini yang jumlahnya melebihi RM7 bilion tetapi ia (selepas subsidi petrol bersasar dilaksanakan) mungkin (perbelanjaan negara untuk subsidi minyak) akan turun menjadi RM1 bilion," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Barjoyai yang juga pensyarah Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) berkata, sudah tiba masanya untuk kerajaan memberikan subsidi petrol kepada golongan yang betul-betul miskin dan berpendapatan rendah.

Iklan

"Perkara ini (program subsidi petrol bersasar) memang wajar diberikan kerana kerajaan selama ini memberikan subsidi sehingga hari ini kepada semua tanpa mengira latar belakang termasuklah golongan berada," katanya.

Terdahulu, seramai dua juta rakyat terdiri daripada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dilaporkan bakal menikmati petrol subsidi bersasar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dijangka akan mengumumkan butiran penuh mengenainya pada Isnin ini.