Lelaki maut kereta bertembung pacuan empat roda

Iklan
Mangsa maut di tempat kejadian.

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Honda CRV di jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu berhampiran Kampung Rahmat di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang mangsa yang maut dikenali sebagai Azizi Alias, 23, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, pemandu pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan

Iklan