MPOCC kutuk gajah pygmy dibunuh kejam

Iklan
Gajah Pygmy Borneo yang ditemui dengan kesan tembakan di Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan, di Tawau. - Foto Jabatan Hidupan Liar

PUTRAJAYA - Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab dan berperikemanusiaan terhadap seekor gajah pygmy spesies yang dilindungi di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar Sabah 1997 yang ditemukan mati baru-baru ini di Sungai Udin Dumpas Kalabakan Sabah dengan gadingnya dipotong.

Dalam satu kenyataan hari ini sijil Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah MPOCC bertujuan memperakui industri kelapa sawit di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Oleh itu ia dapat digunakan di seluruh negara, termasuk kawasan insiden terbabit berlaku,” kata kenyataan itu.

MPOCC berkata, skim MSPO menempatkan peruntukan untuk menangani pengurusan operasi kelapa sawit yang lestari.

Iklan

"Ini termasuk penekanan untuk melindungi spesies yang jarang ditemui dan terancam, kawasan dengan nilai biodiversiti tinggi serta kawasan yang dikenal pasti untuk pemuliharaan air dan tanah.

"Kami mengalu-alukan tindakan pantas polis Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan pihak lain yang memberikan bantuan sehingga membawa kepada penangkapan suspek beberapa hari selepas kejadian menyayat hati itu.

Iklan

"Sebagai rakyat Malaysia kita perlu memperkukuhkan keyakinan kita bahawa spesies hidupan liar yang bernilai perlu dipelihara bagi mencerminkan komitmen kita ke arah 5P universal iaitu ‘People’, ‘Planet’, ‘Prosperity’, ‘Peace’ dan ‘Partnership’," katanya. - Bernama