Mayat tanpa kepala ditemui terapung

Iklan
Mayat tanpa kepala ditemui terapung.

BALIK PULAU - Mayat seorang lelaki hampir reput tanpa kepala ditemui terapung oleh seorang nelayan di perairan Teluk Kampi di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, setakat ini pihaknya belum dapat mengenal pasti mayat terbabit yang turut dijumpai tanpa tangan, kaki dan organ dalaman.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mayat ditemui kira-kira jam 5 petang itu hanya memakai seluar pendek berwarna gelap dan juga seluar dalam berjenama Body Glove.

"Melihat keadaan mayat yang semakin mereput, kita jangkakan dia berada di dalam air lebih seminggu.

Iklan

"Pemeriksaan pada mayat lelaki berkulit cerah itu, tiada sebarang unsur jenayah dikesan," katanya ketika dihubungi di sini.

Anbalagan berkata, pihak polis tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa.

Iklan

"Tiada sebarang kes ataupun laporan berkaitan kehilangan ahli keluarga di dalam daerah ini setakat ini.

"Mayat lelaki berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.

Katanya, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya Pulau Pinang untuk membantu siasatan.

"Boleh juga hubungi Ketua Polis Balai Komuniti Sungai Pinang, Sarjan Abdul Aziz Ishak di talian 012-4993220 atau Balai Polis Komuniti Sungai Pinang di talian 04-8660222 atau 04-8668235," katanya.