Tiga tonggak Harimau Malaya disisih angkara cedera

Iklan
Nor Azam (kiri) terpaksa melupakan hasrat membantu skuad negara. - Foto Facebook FAM

TIGA tonggak Harimau Malaya, Nor Azam Abdul Azih, J Partiban dan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi terpaksa diketepikan menjelang aksi menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi Khamis ini.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengesahkan ketiga-tiga pemain terbabit tidak akan dibawa ke Hanoi ekoran masalah kecederaan yang dialami mereka masih belum pulih sepenuhnya.

Iklan
Iklan

"Azam, Partiban dan Shahrel Fikri tidak akan ‘terbang’ bersama-sama pasukan (ke Hanoi) kerana masih mengalami kecederaan. Ketiadaan (Mohamadou) Sumareh pula disebabkan dia digantung perlawanan,” kata Cheng Hoe pada sidang media selepas aksi bertemu Sri Lanka di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam semalam.

Pada pertemuan tersebut, Cheng Hoe dilihat tidak banyak membuat perubahan dalam kesebelasan utamanya dalam aksi sebelum ini kecuali menurunkan pemain PKNS FC, Akram Mahinan untuk bergandingan bersama tonggak tengah Perak, Brendan Gan selain tonggak pertahanan berpengalaman, Aidil Zafuan Abd Radzak.

Iklan

Selain itu, Cheng Hoe membuat pertukaran pada babak kedua dengan membawa masuk tiga ‘muka baharu’ - Adam Nor Azlin, Abdul Halim Saari dan Daniel Amier Norhisham, Azzizan Nordin dan Dominic Tan.

"Saya lihat dengan kemasukan pemain-pemain lain, tugas itu dapat digalas mereka dengan baik. Yang penting pemain-pemain (gantian) ini boleh menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan.

Iklan

"Pemain-pemain sentiasa belajar daripada kesilapan-kesilapan terdahulu. Adanya Aidil dalam pasukan bersama pengalamannya, dia mampu memberikan tunjuk ajar kepada pemain-pemain muda,” katanya.