Dua juruterbang maut, pesawat terhempas semasa ujian penerbangan

Iklan
Dua juruterbang maut termasuk seorang juruterbang pelatih selepas pesawat terhempas semasa melakukan ujian penerbangan pagi tadi. -Foto India Today

HYDERABAD - Dua juruterbang maut di India, termasuk seorang juruterbang pelatih selepas pesawat terhempas semasa melakukan ujian penerbangan pagi tadi.

Pesawat tersebut terhempas di sebuah ladang di Sultanpur, Vikarabad selepas terputus hubungan dengan Stesen Begumpet di Hyderabad.

Iklan
Iklan

Polis Vikarabad tiba di tempat kejadian dan berjaya mengeluarkan mayat dari bangkai.

Salah seorang juruterbang pelatih telah dikenal pasti sebagai Prakash Vishal, manakala seorang lagi juruterbang wanita, belum dikenal pasti.

Iklan

Pesawat dipercayai hilang kawalan akibat hujan dan angin berkelajuan tinggi menyebabkan enjinnya gagal berfungsi selepas 45 minit berada di udara.

Bagaimanapun, juruterbang cuba mendarat dengan selamat selama 10 minit tetapi gagal melakukannya.

Iklan

Lokasi kemalangan itu telah ditutup kepada orang awam.

Kejadian itu berlaku hanya dua hari selepas pesawat pelatih terhempas di akademi penerbangan di Shirpur, Maharashtra kelmarin.- Agensi