Bersyukurkah kita dengan nikmat dimiliki hari ini?

Iklan
Walaupun tubuh badan mereka tidak sempurna akibat peperangan, kanak-kanak Palestin tetap gembira mandi di kolam renang seperti kanak-kanak lain.

PERKONGSIAN gambar anak-anak Palestin yang kehilangan anggota badan akibat perang sedang mandi di sebuah kolam renang yang dikongsikan Aman Palestin di laman Instagramnya, benar-benar menyentuh emosi warganet.

Penindasan dan kekejaman yang dilakukan Israel ke atas bumi Palestin, sebuah kisah sedih yang disajikan kepada kita sejak sekian lama.

Iklan
Iklan

Malah melihat gambar bumi Palestin dibedil, rakyatnya bermandi darah, sudah begitu biasa pada pandangan mata kita.

Namun jarang sekali kita melihat gambar anak-anak mangsa kezaliman ini dari sisi seperti ini.

Iklan
Seorang kanak-kanak yang kehilangan kedua-dua kaki sedang mandi di kolam renang.

Walaupun hidup dalam negara bergolak, namun ia tidak menjadi halangan buat mereka untuk merasai kegembiraan, menikmati zaman riang kanak-kanak.

Hati mana tidak tersentuh, melihat kanak-kanak duduk 'bersidai' di tepi kolam, senyuman terukir di wajah mereka, namun apabila melihat di bahagian bawah anggota badan anak kecil ini, ALLAH... biarlah gambar sahaja yang berbicara.

Iklan

Gambar dimuat naik itu ditulis bersama kapsyen"Kerana dirimu begitu berharga. Kesabaran dan ketabahan yang ditunjukkan benar-benar menguji hati-hati yang di luar sana, apakah kita tidak bersyukur dengan apa yang kita miliki saat ini?

Walaupun mereka tidak sempurna kanak-kanak Palestin tetap gembira mandi di kolam renang seperti kanak-kanak lain.

"Inilah kesan kepada peperangan yang berlaku ke atas bumi Gaza, Palestin. Peluru berpandu, bom, jet perang daripada tentera zionis Israel yang menjadikan anak-anak berada dalam kategori kelainan upaya dari segi anggota badan.

Inilah wajah pejuang-pejuang Islam, semoga senyuman mereka ini menjadi penguat semangat dan inspirasi buat rakyat Malaysia agar sentiasa bersyukur dengan dugaan yang diberikan ALLAH.

"Ahli syurga dengan izin ALLAH," tulis my_surah3 pada ruangan komen gambar tersebut.

"Sedihnya tengok," tulis Kisah Johari pula.