Gugup punca City tumbang

Iklan
Reaksi pemain Manchester City selepas dikejutkan dengan kekalahan 0-2 kepada Wolverhampton Wanderers di Stadium Etihad malam tadi.

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan perasaan gugup yang menyelubungi pemainnya menjadi punca mereka gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri setelah tumpas 0-2 ke atas Wolverhampton Wanderers di Stadium Etihad malam tadi.

The Citizen terpaksa menelan kepahitan apabila kekalahan kedua mereka itu menyebabkan mereka terus ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool yang masih mengekalkan rekod cemerlang selepas mengharungi lapan perlawanan.

Iklan
Iklan

Guardiola mengakui bahawa pasukannya gagal mempamerkan aksi secara optimum, bagaimanapun menyifatkan kekalahan itu masih berpatutan dan mereka akan memperbaikinya dalam perlawanan seterusnya selepas rehat antarabangsa.

"Kami tidak melakukan yang terbaik, kami mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tapi hari ini pasukan harus menerima 'nasib buruk' dan kehilangan perlawanan.

Iklan

"Kami tidak melakukan proses keseluruhan dengan baik, bagaimanapun kami akan berfikir untuk mencari jalan penyelesaiannya. Kami adalah pasukan yang mempunyai gaya permainan yang tersendiri tetapi kadang-kadang kami perlu menghadapi hari yang buruk dan itu adalah normal dalam bola sepak.

"Apabila anda boleh menang, maka anda pasti ingin mencapai perkara yang sama dalam perlawanan lain, tetapi sekarang kita akan menghadapi rehat antarabangsa, selepas itu kita akan kembali dan memperbaiki kesilapan kita dalam perlawanan seterusnya," katanya.

Iklan

Pada perlawanan itu, City yang memperagakan aksi cemerlang bagaimanapun terpaksa akur dengan kekalahan itu selepas Wolves menghukum kesilapan benteng pertahanan The Citizen dengan dua gol Adama Tarore di penghujung perlawanan.