Penternak China berjaya gemukkan babi sebesar beruang kutub

Iklan
Penternak China gemukkan babi sebesar beruang kutub. - Foto Bloomberg

CHINA - Penternak berjaya menggemukkan seekor babi sebesar beruang kutub bagi menampung perbelanjaan rakyat selain mengatasi kekurangan sumber daging babi di sini.

Haiwan itu mencecah 500 kilogram (kg) berbanding saiz asal sekitar 125kg dengan harga 10,000 yuan ( AS$1,399 -RM5,863).

Iklan
Iklan

Dilaporkan proses itu telah memberi keuntungan sehingga tiga kali ganda daripada purata pendapatan bulanan selepas haiwan itu disembelih dan dagingnya dijual.

Salah seorang penternak di Naning, Zhao Hailin memberitahu, dia mahu membesarkan ternakannya itu sehingga mencecah saiz sebesar mungkin.

Iklan

Malah trend tersebut tidak terhad kepada peladang kecil sahaja sebaliknya ia juga melibatkan syarikat-syarikat berskala besar di China.

Antaranya adalah Wens Foodstuffs Group Co; penternak babi terbesar di negara itu Cofco Meat Holdings Ltd dan Beijing Dabeinong Technology Group Co.

Iklan

Difahamkan usaha itu bagi menampung permintaan daging babi apabila negara Afrika iaitu pengeluar daging babi terbesar di dunia mengalami penularan wabak babi tahun lalu.

Menurut penganalisis kanan firma Bric Agriculture Group, Lin Guafo ladang-ladang besar memberi tumpuan kepada peningkatan saiz berat babi sekurang-kurangnya 14 peratus.

"Purata berat babi yang disembelih telah meningkat sebanyak 140kg berbanding saiz normal kira-kira 110kg.

"Tumbesaran saiz babi berganda membolehkan keuntungan meningkat lebih 30 peratus,” katanya.

Semasa lawatan baru-baru ini ke wilayah ternakan utama di Shandong, Hebei dan Henan, Naib Perdana Menteri China, Hu Chunhua menggesa kerajaan meneruskan pengeluaran babi secepat mungkin dengan mensasarkan kembali ke paras lebih baik tahun depan.

Ramai para petani lebih berhati-hati untuk menternak babi susulan mengalami kerugian akibat wabak babi yang melanda kawasan mereka.

Bagaimanapun bila ada peningkatan kepada saiz babi ia mungkin langkah terbaik untuk membantu golongan itu memulakan perusahaan mereka kelak. - Bloomberg