Ahmad Maslan tidak pernah terima wang 1MDB

Iklan
Laporan sinar harian berhubung SPRM mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu, parti politik, syarikat dan badan organisasi yang dipercayai menerima dana 1MDB.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan beliau tidak pernah menerima wang daripada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau juga mengakui sudah menandatangani dokumen bahawa beliau tidak pernah menerima wang seperti dinyatakan.

Iklan
Iklan

"Saya disiasat oleh dua pihak berhubung dakwaan bahawa saya menerima wang yang dikatakan berkaitan 1MDB.

"Pertama kali siasatan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan kedua oleh pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), saya beritahu mereka bahawa saya tidak pernah menerima cek dengan jumlah yang ditunjukkan salinan cek kepada saya oleh pihak PDRM dan SPRM,” katanya.

Iklan

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk tindakan seterusnya.

Sinar Harian hari ini melaporkan, SPRM mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu, parti politik, syarikat dan badan organisasi yang dipercayai menerima dana 1MDB.

Iklan

ARTIKEL BERAKAITAN: 1MDB: SPRM keluar notis kompaun kepada 80 individu, entiti

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, jumlah keseluruhan dana tersebut adalah RM420 juta dengan purata individu terbabit menerima wang serendah RM500,000 sehingga RM25 juta sementara entiti terlibat menerima wang sehingga RM134 juta.