Undang-Undang Antiberita Tidak Benar dibentang semula

Iklan
Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR - Kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019 di Parlimen hari ini, cubaan kedua selepas ditolak tahun lepas.

Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, di hadapan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Yusof.

Iklan
Iklan

Perbahasan RUU itu untuk bacaan kali kedua dijangka dibentangkan pada sesi persidangan kali ini yang berlangsung sehingga 5 Disember.

RUU itu dibentangkan untuk memansuhkan RUU Antiberita Tidak Benar 2018 (Akta 803), yang diluluskan sewaktu pentadbiran kerajaan yang lepas.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Mansuh Akta Antiberita Tak Benar, tindakan terburu-buru

Menurut buku RUU tersebut yang diedarkan kepada media hari ini, ia antara lain menyebut mengadakan peruntukan bagi pemansuhan Akta 803 disebabkan oleh perubahan dasar kerajaan bahawa berita tidak benar boleh ditangani di bawah undang-undang sedia ada.

Iklan

"Ia seperti Kanun Keseksaan (Akta 574), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Oleh itu, Akta 803 tidak lagi relevan,” menurut buku tersebut.

Pada September tahun lepas, Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 telah ditolak Dewan Negara sekali pun telah diluluskan Dewan Rakyat. - Bernama