Empat cedera jambatan runtuh di Junagadh

Iklan
Jambatan runtuh di Junagadh. - Foto India Today

GUJARAT - Sekurang-kurangnya empat orang cedera apabila sebuah jambatan runtuh di Junagadh, India kata seorang pegawai hari ini.

Beberapa buah kenderaan pula terperangkap di bawah jambatan tersebut sehingga menyebabkan laluan sesak.

Iklan
Iklan

"Empat orang cedera ringan selepas ia runtuh petang semalam namun mereka yang cedera telah dikejarkan ke hospital berdekatan.

"Bagaimanapun laluan alternatif telah dibuka untuk pengguna," katanya.

Iklan

Jambatan sepanjang kira-kira 18 meter itu menghubungkan Sasan-Gir dan telah dibina kira- kira 40 tahun lalu runtuh akibat hujan lebat.

Selain itu, dua buah kereta dan tiga motosikal terperangkap di bawah jambatan tersebut bagaimanapun kenderaan itu kemudian dikeluarkan dari serpihan. - Agensi

Iklan