KUALA TERENGGANU - Seorang datuk kepada 19 cucu ditahan selepas dipercayai mencabul kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang juga cucu jirannya di sebuah rumah di sini.
Lelaki berusia 63 tahun itu ditahan di rumahnya kira-kira jam 3.50 petang semalam susulan laporan dibuat nenek mangsa, 63.
Menurut sumber, kejadian berlaku pada 30 Ogos lalu, bagaimanapun mangsa yang takut dan trauma hanya menceritakan perbuatan suspek kepada neneknya kelmarin.
"Mangsa yang tinggal bersama neneknya memberitahu jiran mereka (suspek) ada memanggilnya semasa bermain berseorangan di luar rumah kira-kira jam 11 pagi.
"Sejurus dihampiri, suspek dikatakan melakukan perbuatan yang tidak senonoh terhadap mangsa dan disebabkan takut kanak-kanak itu hanya berdiam diri sebelum diceritakan kepada neneknya sebulan kemudian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Kata sumber, tidak berpuas hati dengan tindakan suspek yang hanya tinggal bersebelahan rumah selain bimbang akan keselamatan cucunya, wanita tersebut terus membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Roszita Md Saad membenarkan suspek ditahan reman tujuh hari bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 14(b) Akta Seksual Kanak-Kanak 2017 dijalankan.