Bapa, anak maut kemalangan

Iklan
Proton Waja dinaiki empat sekeluarga remuk teruk selepas bertembung dengan Isuzu DM

RAWANG - Seorang bapa dan anak perempuannya berusia 14 tahun maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan bertembung di Batu 29 Jalan KL - Ipoh berhampiran Perkuburan Islam Sg Choh, awal pagi tadi.

Nahas berlaku jam 6.50 pagi itu turut menyebabkan seorang lagi anak perempuannya, Nor Shazwina Shamsor Kamar, 9, parah sementara isterinya, Norzaimah Binti Busu @ Zainudin, 38, cedera ringan.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kereta Proton Waja dinaiki empat sekeluarga dipandu mangsa, Shamshor Kamar Jamberi,43, dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah pacuan empat roda, Isuzu Dmax dipandu lelaki berusia 20 tahun.

Anak mangsa berusia 9 tahun yang kini dirawat di zon merah Hospital Selayang menerima bantuan awal dari pegawai perubatan.
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas parah di kepala.
Isteri dan anak mangsa yang mengalami kecedeeaan dibantu pasukan bomba dan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

Menurutnya, pemandu Isuzu Dmax cuba mengelak tetapi gagal lalu melanggar bahagian tepi kereta mangsa dari arah Pekan Rawang.

Iklan

"Akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu dan seorang penumpang (Nor Shahira Shamsor) meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala dua lagi penumpang cedera sedang menerima rawatan di Hospital Selayang," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan