Kenapa sekarang baru adakan pertemuan, soal Pas

Iklan
Datuk Dr Khairuddin Aman Razali

SHAH ALAM - Pas mempersoalkan mengapa baharu sekarang kerajaan mahu mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) bagi memuktamadkan harga minyak di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, sejak diumumkan (mengapungkan semula harga petrol RON95 Mekanisme Harga Automatik) dalam Bajet 2019 pada awal November lalu, kenapa baru sekarang kerajaan mahu mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan PDAM bagi memuktamadkan isu ini sedangkan mereka adalah antara pemegang taruh yang utama dalam isu ini.

Iklan
Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: Harga RON97, RON95 dan diesel kekal]

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan harga runcit RON97, RON95 dan diesel dikekalkan pada paras RM2.50, RM2.20 dan RM2.18 buat masa beberapa hari sehingga pertimbangan serta persetujuan Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada esok.

Iklan

Menurutnya, kerajaan akan memastikan harga yang paling optimum dan penetapan harga runcit produk petroleum terkini akan dibuat sebelum akhir minggu pertama 2019.

Khairuddin mendakwa, tindakan menangguhkan penurunan harga runcit petrol menunjukkan kerajaan mahu mengaut keuntungan daripada rakyat.

Iklan

"Berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPS) dan APM, sepatutnya sejak awal Disember lalu, RON95 dijual pada harga RM1.90 seliter.

"Ini bermaksud, dengan mengekalkan bahan api ini pada harga RM2.20 seliter, kerajaan mengaut untung sebanyak 30 sen bagi setiap liter daripada pengguna. Menjelang tahun baru, sekali lagi pengguna diminta terus menanggung subsidi untuk kerajaan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penentuan mekanisme penetapan harga petrol dan diesel mesti dibuat secara berhati-hati supaya para pengguna serta pengusaha stesen minyak tidak berdepan masalah.

"Harga yang diapungkan semula di pasaran berdasarkan APM betul menguntungkan pengguna pada masa harga minyak mentah global menurun. Namun, jika tiada mekanisme pengawalan tertentu, pengguna juga perlu membayar harga yang lebih tinggi pada masa harga minyak mentah global meningkat.

"Harus difahami bahawa harga minyak mentah global ini bukannya statik dan ia sukar dijangka kerana turun dan naiknya turut bergantung kepada keadaan geopolitik semasa antarabangsa," katanya.

Justeru, beliau berpendapat, pendekatan menentukan harga runcit petrol berdasarkan managed float system bersekali dengan penetapan had harga maksimum seperti diumumkan oleh Kementerian Kewangan semalam adalah wajar.

"Namun, saya berpandangan had harga maksimum ini patut dan boleh direndahkan lagi berbanding RM2.20 bagi RON95 dan RM2.18 bagi diesel. Had harga ini penting supaya beban kos sara hidup rakyat tidak bertambah dan bagi mengelakkan berlakunya peningkatan mendadak indeks harga pengguna (IHP).

"Kerajaan juga mesti mengehadkan kadar kenaikan harga runcit bahan api ini (dicadangkan maksimum 15 sen seliter) supaya pengguna tidak mengalami kesan perubahan perbelanjaan yang mendadak," katanya.